Thursday, October 6, 2011

Bermula Kembali..Ujian Membakar Semangat

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. 


(Al-Anbiya)




Sedih , Kecewa, Hampa memang ada namun berbekal iman, tawakal doa dan ikhtiar, menyesal atau putus asa langsung tidak wujud pada aku kini.


Demi diri sendiri, Keluarga dan Sahabat..aku bertekad akan kembali.


Moga Allah SWT sentiasa di sisi aku


Juga Keluarga


Dan Para Sahabat


Serta Keimanan, Kesabaran, Ketaqwaan.


INSYAALLAH


Dengan Nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.





Sunday, June 26, 2011

Maharaja Lawak - SEPAH

Dengan terumumnya oleh AC Mizal bahawa juara Maharaja Lawak 2011 adalah Sepah, maka secara rasmi berakhirlah program Maharaja Lawak itu.
Apa yang kita saksikan semua finalis memberi persembahan agak hebat & persaingan memang sengit.
Tapi itu apa yang kita saksikan, jadi kalau Shinju cerita semua dh tahu kan? Shinju nak cerita apa yang kita xdpt saksikn di televisyen.


Kita nampak mereka seolah ceria berlawak tanpa sebarang masalah tp sebenarnya di belakang pentas masing2 bagaikn x keruan berfikir juga memerah fikiran utk memberikan persembahan terbaik di atas pentas akhir Maharaja Lawak 2011 yang berlangsung dia Stadium Malawati, Shah Alam.


Jambu, gandingan Tauke dan Yus sgt serasi dan sering memberi idea yang segar namun rezeki tidak menyebelahi mereka, bukan tempat ke 4 sebagai tanda mereka x hebat. Mereka hebat sebenarnya.

Nabil pula peserta solo tunggal, usaha beliau harus dipuji kerana memerah idea berseorangan namun masih menghiburkan. Syabas Nabil. Apapun Nabil mmg sporting dan sempoi..cayalah..

Jozan walau dapat tempat ke 2 namun mereka tetap juara di hati peminat2 lawak seluruh Malaysia. Gaya tersendiri dan sering menjadi ikutan. Johan yang sentiasa tersenyum, Zizan yang sentiasa dengan gaya lawaknya.

Sepah, kehebatannya xblh dipertikaikan lagi, dah tertulis gelaran Maharaja Lawak adalah milik mereka. Tahniah Jep, Shuib & Mamat. Mungkin juga ini tuah anak Shuib dan Sarah. Jangan x tau Shuib ni romantik orgnya..hahahha..

Mereka semua ternyata x sombong dan mudah mesra jadi kalau sesekali terjumpa mereka terlepas pandang dan x hulurkan senyuman jangan labelkan mereka sombong hakikatnya mereka juga manusia biasa. Ada hati, perasaan. Mereka juga boleh rasa marah, seronok, letih, penat seperti kita.

Walau apapun thumb up juga utk Zila Bakarin yg cute sgt, Dafi yg Baik Punya, Salleh Yaacob I Follow juga Mek Sayyidah..mmg terbaik...

Tersenyum selalu - Shinju


Selebihnya pula adalah kredibiliti pengacara yang efisien harus dipuji, pandai mengawal keadaan. Tahniah buat AC Mizal.

Thursday, June 23, 2011

Lunch at Sri Siam SS2

Askm..
Jumaat penghulu segala hari..
Moga Lebih Murah Rezeki anda semua..

Tgk gambar sebelah, nmpk enak kan?
Ya mmg enak..lagi2 makan free...Hahaha
TQ to Technical Team boss...
Bermurah hati belanja kitorg seramai 12 org ni..
Best juga lah..


Yang paling best Ayam Goreng Pandan dia..
Nyum~ Nyum~

Justin N Ah Lung

Vaness N Teric

Fiona with Shinju

Roy ( Technical boss) N Arif

Alex N Jen

Aidy N Iqbal
Alhamdulillah..mmg rezeki dari Allah...kenyang tau..Roy next time belanja lagi yer!

HEHEHEEEHE...

Hati gumbira -  Shinju

NAZAR

Assalamualaikum..
Moga terus diberkati sekalian khalifah di bumi Allah..
Sebelum mengandungkan Nova, Shinju ada bernazar 2 perkara
1- Cukur rambut dan timbang serta sedekah ke rumah anak yatim dari hasil berat rambut tu.
2- Aqiqah seekor kambing
selepas mandi


Hari ni utk yang nazar yang pertama dh hampir tertunai, baru cukur rambut Nova tadi, lps ni nk pergi timbang dan duit ikut nilai emas tu akan disedekah ke mana2 rumah anak2 yatim. Insyaallah.
Nazar kedua pula Insyaallah akan Shinju tunaikan pada bulan puasa nanti.

Kat bawah ni antara gambar2 sepanjang proses mencukur rambut Nova.

selepas bercukur

baru nk start

tinggal kenangan rambut ni

rileks je dia..

senyum lagi..

sebelum bermula..hehehe



Tuesday, June 21, 2011

Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur

Ya Allah..berkati lah kami semua..Amin

Wah..tengok pembuka kata Shinju hari ni..

Saje nak cerita, semalam temankan office mate jmp client dia..bila dh bukan kaki jalan makanya xtau la jalan. Sebab tu berpusing2 mencari jalan di sekitar Kuala Lumpur. Dari Jalan Tun Razak nak ke Jalan Tun Tan Siew Sin berpusing mencari, mujur la jalan x jem..walau ada la sikit2 kesesakan.
Jalan yang di cari2
Akhirnya jumpa juga, menarik nafas lega dan sgt bersyukur. Sebenarnya pernah pergi sebelum ni tp sbb xprnh amik port apa nama jalan, pergi just lalu je. Tu la akibatnya. Ada hikmah di sebalik semua ni. Sekurang2nya kami lebih tahu jalan lps ni kan?

Jiwa tenang jer - Shinju

Sunday, June 19, 2011

memancing di Sungai Pelek, Bagan Lalang

Sesekali bersantai dgn family..bukan senang masa utk bersama jadi bila dapat hargailah dgn apa2 aktiviti yg boleh dilakukan. Minggu ni kami memancing di Sungai Pelek, Bagan Lalang.
Di tepi tasik..posing dulu tu yg penting...




Sekarang nak memancing dulu nanti petang2 kita tmbh gambar lg yer...

Terlambat update la gegambo ni semua..kesibukan membatasi..so jengah2 la tgk gambar Shinju bersama sibling memancing ok!


Ada gaya x?


Umpan 1

Umpan 2

With Umi Alang


Manja x?..hehe..malu



Indahnya..




With Papa Ateh








Mak Uda

Ayah Uda


BB Fruit Boy

with Mummy Andak

With Papa Andak

Baru dapat 1

Telatah Umi Alang dapat ikan


Dinner





Enjoy with Love - Shinju