Sunday, June 26, 2011

Maharaja Lawak - SEPAH

Dengan terumumnya oleh AC Mizal bahawa juara Maharaja Lawak 2011 adalah Sepah, maka secara rasmi berakhirlah program Maharaja Lawak itu.
Apa yang kita saksikan semua finalis memberi persembahan agak hebat & persaingan memang sengit.
Tapi itu apa yang kita saksikan, jadi kalau Shinju cerita semua dh tahu kan? Shinju nak cerita apa yang kita xdpt saksikn di televisyen.


Kita nampak mereka seolah ceria berlawak tanpa sebarang masalah tp sebenarnya di belakang pentas masing2 bagaikn x keruan berfikir juga memerah fikiran utk memberikan persembahan terbaik di atas pentas akhir Maharaja Lawak 2011 yang berlangsung dia Stadium Malawati, Shah Alam.


Jambu, gandingan Tauke dan Yus sgt serasi dan sering memberi idea yang segar namun rezeki tidak menyebelahi mereka, bukan tempat ke 4 sebagai tanda mereka x hebat. Mereka hebat sebenarnya.

Nabil pula peserta solo tunggal, usaha beliau harus dipuji kerana memerah idea berseorangan namun masih menghiburkan. Syabas Nabil. Apapun Nabil mmg sporting dan sempoi..cayalah..

Jozan walau dapat tempat ke 2 namun mereka tetap juara di hati peminat2 lawak seluruh Malaysia. Gaya tersendiri dan sering menjadi ikutan. Johan yang sentiasa tersenyum, Zizan yang sentiasa dengan gaya lawaknya.

Sepah, kehebatannya xblh dipertikaikan lagi, dah tertulis gelaran Maharaja Lawak adalah milik mereka. Tahniah Jep, Shuib & Mamat. Mungkin juga ini tuah anak Shuib dan Sarah. Jangan x tau Shuib ni romantik orgnya..hahahha..

Mereka semua ternyata x sombong dan mudah mesra jadi kalau sesekali terjumpa mereka terlepas pandang dan x hulurkan senyuman jangan labelkan mereka sombong hakikatnya mereka juga manusia biasa. Ada hati, perasaan. Mereka juga boleh rasa marah, seronok, letih, penat seperti kita.

Walau apapun thumb up juga utk Zila Bakarin yg cute sgt, Dafi yg Baik Punya, Salleh Yaacob I Follow juga Mek Sayyidah..mmg terbaik...

Tersenyum selalu - Shinju


Selebihnya pula adalah kredibiliti pengacara yang efisien harus dipuji, pandai mengawal keadaan. Tahniah buat AC Mizal.

1 comment: